FOLLOWERS

Thursday, 2 June 2016

ANTARA TUJUAN HIDUP& JALAN MENCAPAI TUJUAN HIDUP. JANGAN DISALAH TAFSIRKAN.

Tujuan dicipta manusia ke muka bumi.
Firman Allah SWT:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56)

Tujuan hidup kita bukanlah untuk "perkahwinan". Tetapi perkahwinan adalah salah satu jalan utk mencapai "tujuan" hidup kita. Tujuan hidup kita adalah Allah.
Firman Allah:

 وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” [QS. Ar. Ruum (30):21].

وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”  [QS. Adz Dzariyaat (51):49].

Perhatikan semula FirmanNya yang bermaksud "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya..." 
Apakah dia tanda-tanda tersebut?

Ayat tersebut sebagai satu petanda. Petanda bukanlah destinasi yg kita hendak tuju. Destinasi yg hendak dituju adalah untuk kita ke jalan Allah. Tanda² tersebut ialah sepertimana FirmanNya di dalam ayat yang sama dijawab "... ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”

Jadi, yang memandu ke jalan tersebut adalah perkahwinan. Tetapi, perkahwinan bukanlah pengakhiran. Sudah berkahwin kemudian berbahagia bersama pasangan. TIDAK sama sekali! Perkahwinan adalah PERMULAAN yang akan memandu kita untuk sampai ke destinasi kita iaitu Allah. Bersama² dengan pasangan beribadah kepada Allah. Bersama² seiringan melalui alam perkahwinan ke jalan menuju Dia dengan kasih sayang dan cinta. Sepertima ayat "mawaddah" di dalam ayat tersebut adalah bermaksud "cinta yang diluah". Cinta mesti diluahkan. Jika tidak diluahkan ia sepertinya kosong. Tidak menunjukkan sebenar-benarnya cinta. Contohnya seperti kita mengatakan hanya di dalam hati bahawa kita mencintai Allah. Tetapi ia hanya kata hati kita tanpa membuktikan dengan amalan zahir bahawa kita mengabdikan diri kepada Dia. Ia seperti kata hati yg kosong tanpa perasaan dan tidak diluahkan. Jadi kerana itu cinta itu perlu diluahkan setiap hari dengan pembuktian.  

Maka, jangan salah tafsir antara tujuan hidup kita dan bagaimana untuk mencapai tujuan hidup kita. 
Tujuan hidup kita adalah mengabdikan diri kpd Allah SWT. Dan perkawinan adalah salah satu cara bagaimana untuk mencapai tujuan hidup kita. Jadi persiapkanlah diri supaya dapat mencapai tujuan kita untuk menuju Allah. Jaga agama dalam diri. Akhlak. Akidah. Segala amal perbuatan kita supaya Islam itu terlihat cantik. 
Allahua'lam~

No comments:

jerit sini